Rabu, 21 Disember 2011
Manuskrip Ariana Arimi bab 1 / part 2
" Assalam'mualaikum nek... oh nek.. " panggilku apabila tidak nampak nenek di dalam rumah, hatiku mudah menjadi risau jikalau nenek tidak berada di depan mataku...
" Wa'alaikumsalam, ish kamu nie panggil nenek mcm ada orang nk masuk meminang kamu jer " kata nenek yang muncul dari pintu belakang dapur.
" Maaf nek, nenek pergi mana tadi? " soalku kepada nenek
" Nenek pergi rumah Nek Kiah.Tengok dia, dengar katanya sakit sebab tu nenek pergi jenguk dia sementara tunggu Mak Cik Saripah kamu balik " jawab nenek
" Teruk ker nek? " soalku lagi
" Taklah teruk, agaknya dia sakit sebab rindukan mak cik Saripah kamu kut.. " balas nenekku
" Mak cik Saripah dah balik ker nek? " tanyaku lagi lalu meneguk air sejuk yang baru ku tuangkan ke gelas.
" A'ah, dia baru jew sampai.. Ha Ariana, tadi mak cik Saripah kamu cakap majikan dia perlukan pembantu rumah. Kamu tak nak ker? soal nenek ku kepada ku pula.
" Hmm boleh jugak, boleh Ariana bagi duit kat nenek nanti " jawab ku, nenek hanya melemparkan senyuman kepadaku. agaknya sudah lapuk kata-kata mahu memberi uwang kepadanya..
____________________________________________
Dingin sekali malam ini, entah kenapa saja aku terkenangkan perbualan aku dengan nenek tengahhari tadi. Berdayakah aku bekerja di kota yang penuh kemodenan? Tinggal dirumah orang yang tidak pernah aku kenali, sanggupkah aku tinggalkan nenek sendirian disini? Boleh hidupkah aku tanpa nenek di depan mataku? Sedangkan apabila tidak melihat nenek satu hari boleh membuatkan aku menjadi risau separuh mati! Membuatkan aku menjadi tak keruan seperti cacing kepanasan. Gayaku tak ubah seperti orang tengah asyik bencinta namun bukan becinta dengan lelaki akan tetapi nenekku sendiri. Mungkin disebabkan aku terlalu sayangkan nenek, sejak kecil lagi dialah tempat untuk ku mengadu perasaan, tempatku bermanja,tempat untuku peluk cium.. apakah perasaannya jikalau aku merantau di tempat orang? Mampukah diri ini? Lamunan ku terhenti apabila terdengar ketukan pintu.
" Kenapa nek? " soalku apabila melihat nenek berada didepan mata.
" Nek nak bincang sikit dengan kamu nie " jawab nenek
" Bincang? bincang apa nek? " soalku lagi
" Pasal kerja yang Mak Cik Saripah kamu tawarkan kat kamu tu. Kamu nak tak? Nek rasa baik kamu terima, sampai bila kamu nak terperap kat kampung nie? Terima jewlah ye. " katanya sambil mengusap rambutku
" Ariana tak tahu lah nek... Ariana takut nek " jawabku
" Apa yang kamu hendak takutkan? Terimalah tawaran tu, kamu mesti belajar juga tentang dunia luar agar kamu dapat bezakan mana baik dan buruknya.. " pujuk nenek lagi
" Baiklah nek, ariana terima.. Ariana ikut cakap nek saja " jawabku sambil melemparkan senyuman tawar
" baguslah kalau macam itu.. Besok kamu pergi jumpa Mak Cik Saripah tanya dengan lebih terperinci " kata nenek..
___________________________________________
Perlukah aku berjumpa dengan Mak Cik Saripah. Aduh, kenapa rasa hati ini terlu berat untuk pergi berjumpa dengannya?? Pusing aku memikirkanya... patutkah aku membatalkan saja niat ku ini??
" Ariana.. oh Ariana... " nenek memanggil namaku mungkin kerna penat menunggu menyarungkan tudung agaknya..
" Ye nek.. " jawabku sambil tergopoh gapah menyarungkan tudung..
" Kenapa lama sangat? Cepatlah nanti nek nak pergi rumah Hajah Minah pulak.. " kata nenekku apabila melihat ku muncul dihadapannya..
" hehehe... maaf nek " kata ku pulak sambil tersenyum..
" hmm cepatla... kita pergi jumpa Mak Cik Saripah kau.. " katanya lagi.. aku hanya mengangguk.. hatilu menjadi gusar sekali lagi...
:) bersambung.. <3
Isnin, 19 Disember 2011
Manuskrip Ariana Arimi bab 1 / part 1
Indah sungguh pagi ini, kicauan burung dan kokokan ayam membuat ku membuka mata yang selalunya liat untuk dibuka. Tidak pernah aku bangun selewat ini, mahu pecahkan rekod kah aku?? Kedengaran jelas nenekku memanggil namaku untuk bersarapan bersama. Aku bangun membersihkan badan lalu menuju ke dapur, tempat nenekku berada....
" Lambat kamu bangun Ariana ? Kamu tidur selepas subuh ker ? " soal nenekku apabila melihat aku yang mengambil tempat di meja makan.
" A'ah nek, kepala ariana tertiba jew rasa pening tu yang ariana tidur sampai tak sedar dah pukul 9 pagi. Maaf yer nek, Ariana tak tolong nek sediakan sarapan... " balas ku lalu menyeduk nasi goreng ke pinggan, untukku sudah cukup dengan adanya nasi goreng serta air teh sarapan yang cukup menyelerakan bagi ku.
" Tak apala cu, nek masih mampu lagi kamu makanlah nanti tolong nek pergi ke rumah mak cik Ina. " kata neneku sambil tersenyum. Betapa bahagianya hati ini apabila melihat senyuman nenekku yang sudah mencecah usia 70 an.
" Pergi rumah mak cik Ina? Nak buat apa nek? " soalku sambil menyuap nasi goreng masuk ke mulutku.
" Haritu nek tempah baju kat mak cik Ina, pagi tadi nek terjumpa dia dekat kedai runcit Pak Ali dia bagitahu yang baju tu dah siap. Kamu tolong pergi ambil ye.. "
" baiklah nek... hmm nek tak nak makan ker? "
" kamu makanlah dulu, nek nak siapkan kerja sikit "
" baiklah puan :) " balasku apabila melihat nenek menuju ke belakang rumah.
_____________________________________________
" Assalam'mualaikum mak cik Ina.. mak cik Ina.. "
" wa'laikumsalam oh kamu Ariana... masuklah " jawab seorang wanita yang berumur 40 an
" Saya datang nie nak ambil baju yang nek tempah.. " ujarku tanpa membuang masa
" Oh, sekejap yer mak cik pergi ambil.. Eh kamu tak nak masuk dulu ker? " katanya kepadaku
" tak apelah... saya tunggu di luar saja... " balas ku sambil melemparkan senyuman
" mmmm baiklah, sekejap ye mak cik pergi ambil " jawabnya lalu beredar masuk kedalam rumah
___________________________________________
Langgan:
Catatan (Atom)